outlet

Pemasaran di outlet stesyen minyak dimulakan pada Ogos 2006. Hanya permulaan dengan 30 outlet pada ketika itu dan kini Anis Food Sdn Bhd telah melebarkan sayapnya kepada hampir 2000 pelbagai outlet di seluruh negara. Nyata pemasaran melalui stesyen minyak terutamanya dikawasan bandar dan luar bandar memberi satu impak yang cukup besar dimana rata-rata pelanggan lebih gemar membeli belah di outlet seperti ini. Disamping itu, sokongan yang diberikan oleh penguasaha stesyen minyak terhadap produk IKS bumiputra amat baik dan memberikan faedah bersama dimana kebanyakkan pengusaha stesyen mengakui dengan kehadiran produk ini telah merancakkan perniagaan mereka dan dapat menarik lebih ramai pelanggan untuk singgah di premis mereka.