Anis Food

ANIS FOOD adalah sebuah syarikat yang diasaskan oleh pasangan suami isteri yang berwawasan. Ditubuhkan pada 9 Mac 2012 dan telah beroperasi di premis No. 6, Jalan Para U8/103, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor. Terdapat satu lot rumah kedai sebagai cawangan kedua di No 37 & 39 Jalan Lawan Pedang 13/27, Tadisma Business Centre, Seksyen 13 40100 Shah Alam,Selangor. Bilik pameran pula terletak di No 8, Jalan Renang 13/26, Tadisma Business Centre, Seksyen 13, 40100 Shah Alam Selangor. Mempunyai cawangan ke tiga di Alamesra Plaza Utama Sulaman Coastal Highway, 88400 Kota Kinabalu Sabah. Manakala cawangan keempat berada di Bandung Indonesia iaitu premis beralamat di No 139, Kompleks Istana Mekar Wangi, Jalan Mekar Agong, Bandung 40238, Indonesia.

Bermula daripada rumah sahaja, Anis Choc Moist Cake kini telah berada di pasaran hampir 9 tahun. Menggunakan slogan “Made From The Heart”, Anis Choc Moist Cake kini telah tersebar ke seluruh negara termasuk Sabah & Sarawak, Brunei, Singapura dan Indonesia.

about1
about2

Made From The Heart

Perniagaan ini merupakan sebuah perniagaan perkongsian biasa yang dimiliki oleh Encik Junaidy bin Abu Bakar dan Puan Sophiahanis binti Md Hanipah. Encik Junaidy bin Abu Bakar lulusan Ijazah Sains Sosial daripada Universiti Sains Malaysia telah menamatkan perkhidmatan 2 tahun yang lalu sebagai Pengurus Sumber Manusia di beberapa buah syarikat multinasional di Selangor. Beliau memainkan peranan penting dalam mengemudi Syarikat dan berjawatan sebagai CEO dan pengarah Urusan Anis Food Sdn Bhd.

Manakala Puan Sophiahanis bt Md Hanipah adalah lulusan Ijazah Pengurusan (Pemasaran) daripada Universiti Sains Malaysia dan selepas tamat pengajian, beliau terus berkhidmat sebagai Eksekutif Syarikat konglomerat terbesar iaitu PETRONAS selama 5 tahun (2000 – 2005). Selepas menamatkan perkhidmatan dengan PETRONAS, beliau terus berkecimpung di dunia perniagaan dan memulakan perniagaan pembuatan kek coklat ini secara kecil-kecilan dirumah.Kini bisnes Kek coklat dibawah jenama Anis Choc moist Cake menjadi satu fenomena di seluruh negara dan terbukti melahirkan ramai usahawan-usahawan berjaya dikalangan bumiputera.